Friday, October 17, 2008

HAKIKATNYA

Buat rakan-rakan dan penduduk Malaysia yang tidak berbangsa Melayu


Sengaja aku menulis untuk kalian mengetahuinya.

Jangan kalian dengki dengan Bangsa Melayu di Malaysia kerana hakikatnya:

1. aku melayu , kewarganegaraan aku sama dengan kalian iaitu Melaysia

2. Kalian mempunyai peluang perniagaan yang amat luas kerana bangsa kalian menolong.
Aku melayu hanya berniaga sendirian, bank dan kerajaan takut kepada melayu yang telah
disenaraihitamkan namanya . mungkin melayuku selalu curang dengan kemudahan yang diberi.

3. Melayu yang muflis di malaysia tidak akan berpeluang memulakan hidup baru kalian beruntung kerana bangsa kalian perihatin

4. Bangsa melayu tidak seperti bangsa kalian , kami rela buat apa saja demi mencapai matlamat dan impian kami, aku melihat kalian tidak... kalian amat menyayangi bangsa kalian walaupun berlainan ideologi dan fahaman politik

5. Bangsa kalian disanjung dan dipuja oleh bangsa kami melayu, seburuk manapun bangsa kalian tapi disudut mata kami kalian adalah yang terbaik dan perlu dihormati


dan banyak lagi yang telah kalian tahu, saya tahu kalian hanya ingin menguji dan melihat bagaimana melayu menari mengikut paluan kalian dan tak kala bangsa melayu lalai menari kalian akan membimbing bangsa aku ke jalan yang lebih baik sebagamana DAP membimbing melayu -melayuku dalam PKR dan PAS

Maafkan aku bangsa Melayu dan Warganegaraan Malaysia

Perjalanan Hidup seorang Melayu

Aku orang kampung biasa,anak peneroka yang mampu menjadi guru kemudian mengejar cita-cita di bandar Kota Bharu..jadi orang Kota Bharu la tu. Berhenti menjadi guru yang waktu itu bergaji RM 900.00 menjual insurans di dalam masyarakat melayu yang masih jahil dengan life-insurance atau insuran nyawa waktu itu. Insuran nyawa haram kerana menggadaikan nyawa padahal nyawa itu milik tuhan( pendapat bangsa ku waktu itu) Pun dalam situasi begitu aku berjaya mencipta pendapatan lima angka setiap bulan .Aku merasakan aku melayu cemerlang dan Gemilang lalu aku meletak Jawatan sebagai Guru.

Semasa menjadi guru aku berkhidmat di SK Kampung Star , SK Kuala Betis, SK Limau Kasturi.SK Jelawang dan SK Dabong , Kalau dilihat kepada lokasi aku mengajar mungkin sedap bunyinya walaupun semasa aku disana mandi dan minum dari air sungai yang berwarna coklat susu dan jalan yang berdebu merah.... kebangaan kami guru-guru masa itu kami tak ada elaun tambahan seperti masa sekarang

Mungkin kejayaan aku mengharungi kesukaran hidup telah memberi kekuatan kepada melayu sepertiku meneruskan hidup di bandar, Semasa aku ditukarkan mengajar di KOta Bharu awal 90an aku sekali lagu teruji setelah ditempatkan untuk mengajar di sebuah sekolah pendidikan khas cacat pendengaran, kebakaan melayuku meluap-luap untuk merubah nasib keluarga dan keturunanku dan di sinilah bermulanya kehidupan aku sebagai perunding insurans sehingga aku memperolehi gelaran ketua team Bumiputera di sebua syarikat milik AIG Group,

Bermula dari situlah aku menyedari bahawa bangsa melayu akan melakukan apa saja untuk merubah nasib diri, keluarga, bangsa maupun negaranya sendiri. Dari seorang guru aku seorang melayu menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya seiring bangsa cina dan India , melayu ini dijulang dan dipuja demi mencapai sasaran dan kemajuan perniagaan syarikat, melayu ini diperah akal dan keringat untuk memberi kesedaran kepada bangsa melayu lain tentang objektif dan matlamat syarikat.

Waktu itu penampilan aku berubah seratus peratus, corak pemakaian dan perbelanjaan hidup mengalami perubahan yang amat ketara, di dalam dompet aku mastercard dan Visacard Gold menguning....... masa itu semua bank menawarkan kemudahan bila melihat pendapatan melayu kampung ini. DETIK 1987 dunia digegarkan dengan kemelesetan ekonomi dan segala bentuk perniagaan menjunam jatuh, politik Negara kucar kacir masa itu...teringat aku bagaimana sdr Anuar Ibrahim pada masa itu menolong bangsa melayu dengan menaikkan kadar faedah bank dan Mathadhir pada masa itu menggunakan segala kepakaran yang ada menyelamat negara dari kekangan ekonomi global masa itu.

Aku pada masa itu menerima tekanan yang agak berat kerana pada masa itu aku berada di USA dan aku berbelanja menggunakan kad Kredit dan bila balik ke Malaysia aku terpaksa menanggung hutang yang agak banyak dan pendapatan agensi aku merosot, ramai pemegang polisi melayu sudah tidak mampu membayar premium insurans dan telah mengakibatkan aku ditamatkan kontrak dengan syarikat insurans tersebut.

Perjalanan hidup aku sebagai melayu diteruskan dengan menanggung bebanan hutang yang banyak dan sehingga sekarang 2008 melayu ini masih mencari pendapatan untuk membayar hutang kerana melayu yang telah disenarai hitamnkan seperti aku tidak akan berpeluang lagi mendapat pinjaman dan bantuan dari pihak bank maupun kerajaan. Namun aku masih bersyukur kerana aku masih beragama islam.

this is my new blogs

to all malaysian people,please visits my blog s . You can share about malaysian's crisis with me..Thanxs